01. Your name : Ayu - Enuff said
02. Hobbies : Macam2 adaaa :)
03. Gender : Female
04. Religion : Muslim
05. School/work : Tadika abim , sksml , smkc , smkpp14 , smkpp8(1) , 7eleven , superstar karoke . mak aihh . bnyk tol :)
06. Height : Dunno, tall enuff I guess :P
07. Horoscope : Capricorn
08. Address : Menumpang jerk kt bumi nie
09. Email : amyramazhar@rocketmail.com
10. Your hp no : 017*******
11. Hair color : Its black if you must know
12. Eye colour : Brown
13. Skin colour : Errrr agak gelap sbb kne sunburn
14. Right or left handed : Right
15. Status : Its complicated
16. Siblings : 3
17. Last 3 digit of your mobile no : ***
18. When's your Birthday : 17 January
19. Favorite place : Depan uma jerk . xyahh jaoh2
20. Favorite film: Ape yerkk
21. Tried smoking : Nope
22. Drink alcohol : Nope and never will
23. Been hurt emotionally : Always
24. Kept a secret from anyone : Everybody have secrets...
*Favorites*
26. Color : Kaler2 yg lembut kot , garang mcm merah . auww*
27. Food : Yang sodapp
28. Club : None
29. Number : 17
30. Cartoons : Sponge kuning si seluar pndk , kembar upin & ipin . .
31. Actor : Johnny Depp
32. Song : lately nie ske lgu marry you - berunos semarss
33. Movie : Ntahh lerhh :P
*Right Now*
36. Wearing : Singlet
37. Hairstyle : Ikat tggi2
38. Looking at: Lappy monitor
39. Thinking of : Spongebob :))
*Do You Believe In*
41. Love : Mesti
42. Faith : Do you believe in faith???
43. Yourself : Totally yes
44. Ghosts : Hahhahah aah
45. Angels : Sure
*In The Last 24 Hours*
46. Worn jeans : nope
47. Cleaned your room : No
48. Cried : No
49. Met someone new : No
50. Last person I talk to on the phone : Liyana (joyahh)
*Love Life*
51. Do you believe in love : wtf
52. Have a secret admirer : Don't know
53. Do you wanna get married : Yups
55. How old you wanna be when you get married: Entah 25 kot.
56. How old you wanna be when you have your kid: Entah . rezki Allah :)
57. How many kids do you want : Enough for me to manage
58. Would you have kids before marriage: Anak tekak sudah
59. Do you have a Crush : Don't know don't care
60. What do you want most in a relationship: Seorang kekasih yg mengambil berat mengenai saye !
*This Or That*
61. Pink or Black : Black
62. Kiss or hug : Huggiess coz Im hug-able hahahha
63. Summer or winter : Winter cannot stand hot weather. Erks.
64. Sunny or rainy : Bothh . xlehh idop tnpe sun n rain .
65. Chocolate or vanilla : Chocolate
66. Hanging out or chilling : Isn't this the same???
67. Music or TV : Music
68. Hamburger or Pizza : Pizza
69. Smile or Laughing : Both
70. Sleeping or eating : Both
71. Mc Donald's or KFC : Both
72. Silver or gold : Gold . masyukkk
73. Sunset or sunrise : Both
75. Diamonds or Pearls : Diamonds
76. Adidas or puma : Due2 x mnt !
77. Band members or models: Band members of course
78. Local or international Artist : Both .
79. Sneakers or boots : Sneakers
80. Jack daniels or Chivas : Ey gila apa
81. Dunhill or Malboro : or?
82. Clubbing or live music : Live music for me
83. Johnny depp or Brad Pitt: Johnny Depp
84. Angelina Jolie or Kate Hudson: Kate Hudson
85. Colossal/epic or romantic comedy: Tak kesah
86. BMW or Ferrari : BMW
88. Incubus or maroon 5 : Maroon 5
90. Long haired or bald : Long haired
91. Pop or Rock : Rock!
92. Beach or mountain : Both
95. Nokia or ericsson : Sony Ericsson
96. 311 or hoobastank : Entah
97. Asia or America : Asia . proud 2 been asian
98. Tattoo or piercing : Neither
99. Asia or Europe : Depends
100. Asking / answering : Asking & answering
Oh penat!
- : cahaya cantik ketua puteri :
- 17 JAN '92 melihat dunia : terlebih cerewet : x knl kate sombong : mai la knl , br tau gilo mcm ne : juz being myself n ignoring wat people wanna say bout me ;)
Thursday, June 23, 2011
jodoh
Salam kawan kawan sekalian, saya rasa ayat ayat ini memang terbaik.
Jodoh itu terbahagi kepada 3:
“Pertama, jodoh dari syaitan. Kamu berdua berkenalan. Berpegangan tangan dan terus membuat maksiat. Akhirnya dia mengandung. Baru kamu bernikah”
“Kedua, jodoh dari jin. Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan dia tetapi dia tidak sukakan kamu. Kamu bomohkan dah sihirkan dia agar dia sukakan kamu dan kamu berdua bernikah”
“Ketiga, jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata dan terus menusuk ke kalbu. Kamu masuk meminang dan dia terima pinangan kamu dan kamu berdua bernikah. Insya Allah, berkekalan hingga ke akhir hayat dan itulah yang dikatakan.. Syuga Cinta” .
*Petikan dari filem Syurga Cinta*
Ia adalah peringatan untuk kalian semua dan untuk saya juga. InsyaAllah, jodoh saya nanti adalah jodoh dari ALLAH SWT. Amin.
Saturday, June 18, 2011
30 perkara yg jejaka perlu tahuu mgenai gadis :)
1. Bila dah DECLARE, bermaksud kamu sanggup berkorban demi perhubungan ini.. Jadi janganlah cakap "Sorry, I'm not perfect for you..".. Sekurang2nya cuba laa lakukan yang terbaik~
2. Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masauntuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf..
3. Wanita sukar untuk mencari benda dibenci tentang orang yang dia sayang.. Sebab itu laa,ramai wanita yang patah hati apabila hubungan cinta putus ditengah jalan..
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannyawalaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain..
5. Takkala lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair sepertiCOKLAT dan sering kali dia akan cuba lari dari bertatapan mata denganmu!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu pula tidak tahu bagaimana mahu menerima pujian itu..
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja..
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkandia untuk seketika, sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan..
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka..
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.. Sesiapa pun akanterasa jika itu keluar dari mulut kamu, terutama orang yang kamu sayang..
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.. Adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang santai dan penuh senda gurau..
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan RESPON POSITIF misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.. Perempuan suka jual mahal!!
13. Sekuntum SENYUMAN memberi seribu erti bagi wanita.. Jadi jangan senyum sebarangan.. Biasalah, perempuan adakalanya cepat perasan dan hatinya cepat terbuai..
14. Jika kamu menyukai wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.. Kemudian biarkan diamengenalimu dengan lebih mendalam.. Jangan gelojoh kerana perempuan tidak suka lelaki gopoh..
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu..
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia terus menghubungi kamu dan menunggu panggilan dari kamu, teruskan usaha untuk memikatnya sehingga dapat..
17. Jangan sesekali MENEKA apa yang dirasakan.. TANYA dia sendiri kerana hati perempuan sukar diramal tetapi jangan salahkan perempuan sebab mereka ada pusingan hormon yang tidak menentu..
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini terlebih awal.. Dia lebih baik dari kekasih aku!
19. Kamu masih tercari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan diri menyelak buku-buku cinta..
20. Dalamnya cinta, perempuan apabila menyelak album yang telah siap,gambar yang pertama dilihat adalan teman lelakinya.. Begitulah juga kala membaca zodiak.. Dirinya adalah yang kedua selepas mengetahui hal kamu, TAHU?!
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi LELAKI YANG DICINTAINYA sekarang akan berada di tempat istimewa iaitu dihatinya!! Jadi, jangan cemburu kalau sesekali dia tersebut fasal "ex"nya..
22. Teman baiknya sahaja yang tahu segala yang sedang dia rasa dan lalui.. Jalinkan hubungan baik bersama teman rapatnya.. Jangan OVER sudaa ler~~
23. Wanita PALING BENCI lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata mahu menambat hatikawan mereka yang paling cantik.. Kalau kamu pernah lakukan, kamu betul-betul TAK GENTELMAN!!!!!!
24. Apabila sorang wanita mengatakan dia sedang sedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..
25. Satu ucapan "hai" sahaja SUDAH CUKUP menceriakan harinya.. Cuba laa kamu telefon dan ucap "selamat pagi" dan di akhiri dengan "sweet dream" sebelum tidur..
26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka SEPENUH HATI.. Tolonglah lelaki, jangan mensia-siakan kami~~
27. Senjata wanita adalah air mata!! Tetapi jangan terperangkap dengan air mata palsu..
28. Wanita suka sesekali orang yang disayanginya mengadakan suprise buatnya, sekadar hadiah, bunga atau mugkin kad ucapan yang romantis.. Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.. Percayalah,dia tidak akan cari yang lain..
29. Wanita MUDAH jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.. Apatah lagi jika kamu membawanya ke klinik ketika dia sedang sakit.. Sumpah!! Kamulah lelaki yangpaling dikehendaki di abad ini..
30. Tidak susah menjaga hati wanita.. Dia cuma mahu kamu menyayanginya SEPENUH HATI.. Kalau benar kamu mencintainya, lihatlah bagaimana dia membalas segala kecintaan kamu itu..

all about love
1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

lagu akuhh dan dia :)
Insan
Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana
Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya
Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa
Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana
Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya
Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa
untuk renungan sesama insan ~
Perjalanan pulang dari Kepong ke Shah Alam pada hari itu seolah-olah mahu menguji. Baru sahaja menapak keluar dari Institut Penyelidikan FRIM, hujan mula menumpahkan air matanya. Penat rasanya berkejaran untuk ke pintu utama bagi mendapatkan teksi. Setelah menunggu agak lama, teksi pun tiba, lalu membawaku ke Komuter Kepong. Dari Kepong aku mengambil train ke KL Sentral.
Aku kerling handset di tanganku. Sambil menunggu train ke Shah Alam tiba, aku mengeluarkan diari dan mencatat nombor telefon abang. Dia mungkin dalam perjalanan mahu menjemputku. Katanya dia mahu membawaku berbuka puasa dengan makanan laut di sekitar Klang.
Aku bersesak-sesak masuk ke perut train dengan membimbit sample kayu yang bakal diuji kandungan air dan ketumpatannya. Setiap kali train berhenti, setiap itulah aku semakin terperosok di celah-celah manusia. Pelbagai bau dari pelbagai bangsa dapat dihidu. Aku masih bertahan dengan kaki yang masih kejap di lantai train, cuma sesekali tersorong ke hadapan dan belakang. Tiba-tiba air-cond di dalam train tidak berfungsi. Kedengaran dengusan orang ramai menyampaikan rasa tidak puas hati mereka.
" Nek, panas!"
Kedengaran suara manja di hujung sana. Ku pandang pada seorang nenek bersama cucunya. Bukan seorang malah 4 orang. Kukira yang paling bongsu adalah dalam lingkungan setahun, manakala yang lain mungkin bawah umur 7 tahun.
"Sabar ya, kejap lagi kita sampai," pujuk nenek itu.
Anak perempuan itu diam. Terpujuk dengan kata-kata neneknya itu. Tidak lama selepas itu dia merengek lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Dia meminta neneknya mengikat rambut panjangnya itu supaya dia lebih selesa berada dalam kepanasan.
"Macam mana nek nak ikat. Adik ni, siapa nak pegang?" Nenek itu mengunjukkan pada bayi yang dikendongnya. Dia kemudian menyuruh cucu lelakinya mengikat rambut adik perempuannya, namun cucunya itu buat tak endah, malah seronok memerhatikan pemandangan di luar train. Akhirnya cucu perempuan itu menangis.
Nenek itu bercerita kepada perempuan di sebelahnya akan hasratnya mahu membawa anak-anak itu bersiar-siar memandangkan anak dan menantunya bekerja. Wajah tua itu sungguh mengingatkan aku pada emak di kampung. Aku jatuh kasihan, pada nenek itu. Sudahlah membesarkan anak, kini anak kepada anaknya pula yang harus dikendong ke sana ke mari.
Benarlah, pengorbanan ibu tak pernah ada titik noktahnya. Jika masa kecil dia yang menjaga makan minum kita, sehingga kita dewasa dan berumah tangga pun kita masih menyusahkan mereka.
Malah ada diantara kita yang sanggup tinggal bersama ibu bapa demi mahu menjimatkan kos penjagaan anak. Ibulah yang menjaga makan minum, membasuh berak kencing si kecil, menidurkan dan melayan pelbagai ragamnya. Si anak pula setelah pulang bekerja hanya tidur kepenatan.
Hujung bulan, dihulurkan seratus dua kepada ibu, Saguhati membesarkan mereka sewaktu kecil plus menjaga bayi mereka. Sungguh jimat! Kalau dihantar ke pusat penjagaan tentunya lebih mahal, ditambah pula komisyen kepada ibu bapa. 2 in 1, senang.
Suara anak itu menangis mengasak pendengaran. Semua yang berada berdekatan saling berpandangan, namun tidak ada yang melakukan gerak balas.
"Akukah yang harus bertindak ? hatiku bertanya.
'Ah, nanti orang cakap nak tunjuk baik pulak. Hipokrit,"
Anak kecil itu masih menangis.
'Ah, biarlah, orang lain kan ada. Kejap lagi ok la tu. Budak kecik biasalah'. Syaitan mula berbisik di telingaku setelah melihat aku semakin goyah. Tangisan anak itu makin kedengaran kuat sehingga menarik perhatian semua penumpang.
'Macam mane ni?' Aku pula ibarat cacing kepanasan.
Sejujurnya, aku tidak sampai hati. Aku sedar selama ini perasaan itulah yang tumbuh subur dalam diriku. Perasaan belas kasihan yang mendorong setiap manusia untuk melakukan kebaikan. Demi Allah, aku tidak rela ia hilang berdikit-dikit ditelan sifat pentingkan diri. Aku semakin berdebar-debar. Mahu atau tidak, aku yang memilihnya, dan aku sesekali tidak akan rugi apa-apa. Waktu itu hatiku berbisik.
"Kalau benar inilah hipokrit, maka lesapkanlah pahala dari perbuatanku ini. Aku tidak mengharapkan pahala bagi perbuatanku ini,"
Aku berjalan berhati-hati bimbang terjelepok di lantai train yang semakin laju bergerak. Sekali sekala aku berpegang pada tiang. Aku tahu banyak mata yang sedang memerhatikan. Mungkin berfikiran akan rasionalnya aku bergerak dalam keadaan yang bersesak-sesak. Banyak juga yang sedang menghakimiku. Dalam terketar-ketar, aku meletakkan sample kayu, lalu ku gapai rambut halus si kecil dan kuikat tinggi-tinggi ibarat ekor kuda.. Anak kecil itu diam, merelakan. Sungguh manja sekali. Si kecil melihatku dengan wajah hairan, akhirnya dia tersenyum. Tangisannya hilang sama sekali. Sesekali kulihat dia bermain-main dengan tocangnya itu.
"Terima kasih, ya'' ucap nenek itu. Berharga sungguh ucapan itu padaku. Aku tersenyum bangga. Ada rasa bahagia mengalir ke dasar hati. Perbuatan yang sungguh mudah, senang dan menggembirakan, namun tak ramai, yang mahu melakukan. Aku sedar, daripada perbuatan kecil mahupun besar, masing-masing mempersoalkan keikhlasaan, walhal keikhlasan itu adalah terbitnya dari dasar hati.
Dengan izin Allah, kadang-kadang Dia akan menunjukkan keikhlasan kita, mungkin daripada gaya percakapan kita, air muka kita yang tenang dan perlakuan kita yang menyenangkan. Dengan adanya keikhlasan dalam diri, kita akan jadi manusia yang redha. Dan bercakap mengenai redha, sebaik sahaja turun daripada train di Shah Alam, aku kehilangan handset. Aku lihat handbagku yang terbuka, lalu menggaru-garu kepala. Aku berteleku di tepi longkang, tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Ternyata memang jodohku dengan handset pink ku itu sampai hari itu, dan aku redha. Bagaimana mahu menelefon abang, nombornya yang baru ada di dalam telefonku. Aku teringat akan diari kesayanganku, yang telah kucatit nombor telefon abang sebentar tadi. Syukur, semuanya bagai sudah diatur oleh Allah. Aku berjalan menghampiri seorang perempuan lalu tanpa segan silu meminjam telefonnya. Nah, ternyata tidak rugi kita menolong orang! Mungkin berkat menolong nenek tadi, lalu mereka yang entah siapa-siapa datang menolongku. Teringat kata-kata professorku semasa kami pulang dari menjalankan projek di Pahang dan Terengganu.
" Tolonglah orang, tanpa mengira sesiapa. Mungkin satu hari orang yang tak kenal kita pula yang akan tolong kita,"
Ia adalah satu pelajaran bagiku. Dengan kehilangan hadsetku tadi, maka abangku telah menghulurkan duitnya supayaku membeli telefon baru. Alhamdulillah, rezeki.
sungguh menarik dan tertarik :)
Petang itu cuaca agak muram. Sang mentari mula melarikan diri. Tiga bulan berkhidmat tanpa henti, mungkin sudah tiba masanya untuk berehat seketika. Biarkan hujan pula merahmati bumi Shamrock ini.
Aku dan Mr. X masih asyik bersembang sambil menikmati kopi panas yang meletup!
"Kita akan tertarik kalau sesuatu itu menarik."
Alamak..Mr. X sudah memulakan bicara falsafahnya.
"Mmm..betul," jawabku ringkas.
"Jadi kalau semua benda ini menarik maka kita akan tertarik," sambung Mr.15.
"Betul," aku masih lagi kurang faham akan maksud sebenar pernyataan ini.
"Maka kalau kita menarik semua orang akan tertarik."
"Cumanya...setiap orang itu berbeza daya tarikannya," responku
"Kenapa perlu mencari perbezaan dalam keadaan kita banyak persamaan. Cuba kalau disusun semula kenyataan kami; setiap orang itu sama daya tarikannya," balas Mr.15.
"Mm...secara teori kita boleh bercakap tentang persamaan, tetapi realitinya...."
"Itulah masalahnya Usop..mari saya ceritakan satu kisah," Mr. X membuka cerita misteri...jeng jeng jeng...
Kampung Y adalah sebuah kampung yang jauh di pedalaman. Kampung ini mempunyai populasi sekitar 500 orang. Uniknya, semuanya tidak berselipar ataupun bersepatu.
Satu hari mereka dikunjungi oleh dua orang pemuda dari bandar. Ahmad dan Abu. Ahmad dan Abu adalah jurujual kasut dari dua syarikat yang berbeza. Mereka datang untuk membuat tinjaun melihat ruang-ruang pemasaran yang ada di kampung ini.
Pulang dari membuat tinjauan, Ahmad dan Abu menyiapkan tugasan yang diberikan.
Laporan Abu :
Kita akan mengalami kerugian yang besar sekiranya kasut kita dipasarkan di kampung ini kerana tidak ada seorang pun yang memakai kasut di sini.
Laporan Ahmad :
Kita bakal mendapat keuntungan yang besar! Tidak ada siapa pun lagi yang pernah memasarkan kasut di sini. Cepat!
"Faham?" Mr. X menutup ceritanya.
"Mm...faham cerita tu..tapi apa kaitannya dengan perbualan kita tadi?" tanyaku sedikit kehairanan.
"Kamu ni...begini...dalam hidup ni, kita akan sentiasa melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek; aku ringkaskan; kita lihat daripada 2 aspek yakni positif dan negatif.
Ramai orang pilih untuk melihat dari aspek negatif, hanya segelintir yang melihat secara positif.
Ingat, what u see is what u get!
Orang ke kedai nak beli gula takkan dapat garam! Jadinya, kalau kamu terus menerus melihat perbezaan, kamu akan terus menerus mencari perbezaan. Sampai mati pun kamu akan cakap pasal perbezaan. Yang kita ketandusan sekarang ini adalah manusia yang proaktif yang mencari persamaan!
.....
"Faham?!"
Aku menganggukkan kepala. Berfikir. Sungguh menarik dan tertarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)